Kajian: Tidur Dengan Lampu Terpasang Buatkan Anda Gemuk!
Pasti ramai diantara anda yang ada tabiat suka tidur dengan lampu terpasang atau tidur dalam keadaan bilik cerah di waktu malam. Tapi ramai tidak tahu bahawa tidur dengan lampu terpasang mendedahkan kepada risiko penyakit kanser.
BACA: Kajian: Wanita Kurus & Tinggi Lebih Panjang Umur
Risiko terdedah penyakit kanser!
Ada beberapa kajian ada menyebut tidur dalam keadaan cerah ini akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin. Ia adalah salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser.
Untuk pengetahuan anda, hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan cerah. Adanya sinar atau cahaya akan menyebabkan penghasilan hormon ini terhenti.
Wanita yang tidur dengan lampu terbuka di malam hari patut mengubah tabiat anda itu kerana ia meningkatkan risiko terkena kanser payudara.
Jejaskan metabolisme, sukar menurunkan berat badan
Selain itu, tidur dengan lampu yang menyala juga akan mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu. Kesannya, anda mengalami gangguan tidur yang boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme sekaligus membuatkan anda sukar menurunkan berat badan.
Jika anda selalu tidur dengan lampu terpasang sebaiknya ubat tabiat tidur anda itu demi untuk kesihatan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- Vanilla Kismis