“Kalah PRU14 Mesej Jelas BN Perlu Bermuhasabah”
Jika semalam Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucapkan selamat maju jaya buat Malaysia selepas Pakatan Harapan menang besar dalam PRU14, hari ini Khairy memohon maaf di atas kekalahan Barisan Nasional.
Menerusi akaun Facebook miliknya, Khairy meluahkan Barisan Nasional sudah memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
BACA: KJ: Selamat Maju Jaya Malaysia, Suara Rakyat Keramat
Tambahnya lagi, kekalahan dalam pilihan raya kali ini memberikan bukti jelas bahawa Barisan Nasional perlu menjaga kepentingan rakyat berbanding perkara lain.
Cintasaya paling utama adalah kepada Malaysia & rakyatnya
“Kekalahan ini adalah mesej yang jelas dari rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional perlu bermuhasabah sedalam-dalamnya sebelum membuka langkah kehadapan.”
“Menuju ke hadapan, kita perlu menjadi gerakan politik yang lebih baik dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan lain,” katanya.
Menurut Khairy lagi, beliau mengucapkan terima kasih kerana masih diberikan kepercayaan oleh rakyat Rembau untuk terus membangunkan kawasan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kaum Bapa Cuti 10 Hari Jika BN Menang PRU
Mak Nyah Masih Layak Mengundi Untuk PRU14
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)
- SUMBER
- Mynewshub