“Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor”
Okay bagi anda yang belum mengetahui tentang apa yang hangat diperkatakan tentang Sultan Johor dan juga pasukan polo kebangsaan ketika ini, teruskan membaca ringkasan tentang apa yang terjadi. Kenyataan Sultan Johor yang dikeluarkan di Facebook Johor Souther Tiger itu sememangnya menjadi bahan bualan warga laman sosial.
BACA: Vokalis Pussycat Dolls Beli KFC Di Johor Bahru
“Saya menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk datang dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat pasukan anda mengalahkan pasukan Johor. Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor”
“Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi. Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan Sea itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka,” kata Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sukan Polo Di Johor Bermula Sejak Tahun 1884
Menurut Sultan Ibrahim, ketika dia menjadi Tunku Mahkota, dia sudah bermain di serata dunia termasuklah Piala Dunia untuk suka tersebut.
Oleh itu, Sultan Ibrahim menyatakan bahawa jika mahukan perlawanan yang lebih serius, datanglah ke negeri Johor.
Turut Jemput Rakyat Malaysia Tonton Perlawanan
Selain mencabar pasukan polo Sukan Sea supaya datang ke negeri Johor dan tunjukkan taring mereka, Sultan dalam masa yang sama turut menjemput rakyat jelata bagi menyaksikan sendiri perlawanan tersebut.
Jika perlawanan ini benar-benar berlangsung, adakah anda akan turun melihat sendiri?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram