“Kalau Durian Belanda Boleh Cegah Kanser, Tak Payah Saya Buat Kajian”
Sekarang ini dah ada pelbagai jenis petua yang dikongsikan oleh peniaga kononnya boleh menyembuhkan penyakit. Rata-rata peniaga kini hanya mahu mencari keuntungan tanpa mengetahui produk yang dijual boleh memudaratkan kesihatan pembeli.
Baru-baru ini, doktol viral, Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini menjalani latihan pembedahan di ‘The Royal College of Surgeons’ di England, menyuarakan pendapatnya mengenai isu Durian Belanda yang menjadi bualan ramai baru-baru ini.
BACA: Tak Payah Air Detox, Dr Amalina Kongsi Tips Kekal Sihat
Menurut Dr. Amalina, durian belanda tidak boleh mencegah penyakit kanser. Jika benar durian belanda merupakan buah anti kanser, tidak perlulah doktor dan pakar melakukan kajian bertahun-tahun untuk mencari penawar bagi penyakit berkenaan.
Terdahulu, seorang selebriti telah meluahkan rasa terkilannya kerana produk jus durian belanda keluarannya didakwa menjadi punca kematian seseorang individu. Namun begitu, selebriti itu menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan yang tidak berasas.
Tidak salah untuk berusaha cara lain, namun diharap mereka luar di sana tidak terlalu terpengaruh. Adalah lebih baik jika merujuk kepada yang mereka pakar terlebih dahulu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Astro Awani