“Kalau Perangai Serupa Anjing Kurap, Jangan Duduk T’ganu Darul Iman”
Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Malah Malaysia juga antara negara yang menjadi tumpuan pelancong. Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya menjaga kebersihan tempat awam dan menunjukkan imej yang baik kepada pelancong.
Namun perkongsian oleh seorang pengguna ini yang memuat naik beberapa keping gambar ‘indah’ dipercayai diambil berdekatan jeti Pulau Warisan River Cruise, Kuala Terengganu menjadi perhatian netizen.
BACA: Terengganu Perkenal Hotel Patuh Syariah, Larang Arak & Bikini
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki itu meluahkan rasa berang dengan sikap segelintir individu yang bertindak membiarkan sampah di pondok rehat di kawasan tersebut.
Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian netizen yang turut geram dengan perangai individu tidak bertanggungjawab itu. Malah ada yang berpendapat sikap sebegitu boleh menjejaskan imej negeri Terengganu. Ada juga yang mengatakan disebabkan sikap segelintir individu, warga Terengganu yang lain terkena tempias.
Kalau ikutkan tidak kira di mana pun kita berada, kebersihan perlu dijaga dan jangan sewenang membuang sampah mereta-rata di tempat awam. Tidakkah kita mahu negeri atau negara kelahiran kita dinobatkan antara yang terbersih dan dipuji oleh pelancong?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- Facebook Ahmad Ikram