“Kalau Rakyat Percaya GST Lebih Baik, Kita Akan Kaji”
Umum mengetahui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sudah pun dihapuskan pada 1 Jun tahun lalu. Bagaimanapun, baru-baru Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan bersedia untuk mengkaji semula pelaksanaan GST.
Memetik laporan Astro Awani, Tun M berkata kajian akan dilakukan bagi sama ada GST lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
BACA: GST Kadar Sifar Bermula 1 Jun Ini
“Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada (GST) lebih baik dari SST ataupun tidak,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata keputusan untuk perlaksanaan GST itu tidak akan dimasukkan ke dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan 11 Oktober ini.
Terdahulu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.
Pengerusinya, Tan Sri Dr Kamal Salih, berkata cukai kepenggunaan itu sistem percukaian yang adil dan cekap, berbanding sistem SST.
Katanya, pengenalan semula GST pada kadar yang lebih rendah akan membantu mengurangkan kos sara hidup, terutama golongan berpendapatan rendah.
Untuk rekod, GST pada kadar enam peratus pernah dilaksanakan sejak 1 April 2015 namun dimansuhkan pada 1 September 2018 dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- Astro Awani