Kalimah Allah Wujud Sejak Tamadun Viking?
Kita sedia maklum bahawa agama Islam sudah wujud sejak berabad lalu. Namun, penemuan terbaru oleh penyelidik Sweden mengenai kalimah Allah yang terdapat di persalinan pengebumian menambah sejarah baru penyebaran agama Islam semasa tamadun Viking.
BACA: Bom Perang Dunia II Punca Letupan Di Projek MRT
Ahli arkeologi, Annika Larsson dari Universiti Uppsala adalah orang yang berjaya menemui kalimah suci tersebut ketika dia memeriksa persalinan pengebumian untuk lelaki dan wanita termasuk makam di Birka dan Gamla Upsala.
Dia menyedari ia bukanlah corak biasa yang dipengaruhi oleh zaman Viking tetapi mempunyai unsur skrip Arabik Kufic kuno kerana mempunyai dua perkataan berulang iaitu “Ali”.
Kemudian, dia menemui penemuan penting iaitu kalimah Allah bila menggunakan pantulan cermin kerana ia agak rumit untuk ditafsirkan.
“Saya ternampak perkataan ‘ALLAH’ tertulis dengan cara pantulan cermin (terbalik),” ujarnya sambil memberitahu kalimah-kalimah tersebut berulang sebanyak 10 kali pada 100 serpihan artifak.
“Kita tahu dari makam Viking yang lain, analisis DNA menunjukkan beberapa individu yang dikebumikan datang dari Persia, lokasi di mana agama Islam adalah dominan,” jelasnya.
“Namun begitu, (tidak mustahil) penemuan ini membuktikan tradisi pengebumian semasa era Viking dipengaruhi oleh idea Islam seperti kehidupan kekal di syurga selepas mati,” sambungnya.
Kubur-kubur tersebut dikatakan wujud sejak abad ke-9 dan ke-10 mempunyai kaitan dengan agama Islam dan tamadun Viking.
Penemuan sebegini membuktikan agama Islam memang sudah tersebar meluas sejak berabad lalu dan banyak penemuan mengenainya di beberapa lokasi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Jual Kuih Tradisional Jana RM10,000 Sebulan
Ini Sebab Ramai Pakai Sarong Naik Keretapi
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nak Menangis Makan Mee Cincai Pedas Arwah!
- SUMBER
- SINAR HARIAN