‘Kampung Fucking’ Benar-Benar Wujud Di Austria
Ini bukan mencarut ataupun melemparkan kata-kata kesat, tetapi siapa sangka wujudnya nama kampung seperti ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada benar atau tidak kampung ini wujud atau ianya rekaan semata-mata.
Percayalah, Kampung Fucking ini benar-benar wujud dan ianya terletak di Austria. Untuk pengetahuan anda, kampung ini terletak 4km dari sempadan Jerman.
BACA: Wujud Kafe Kematian Di Thailand?
Apa yang menarik tentang kampung tersebut ialah ia hanya mempunyai penduduk seramai 104 orang dan 32 buah rumah. Sejarah nama kampung tersebut diambil bersempena dengan nama seorang bangsawan tempatan bernama Focko pada abad ke-11.
Penduduk kampung itu sebelum ini tidak pernah menyedari bahawa nama kampung mereka membawa maksud yang teruk dalam bahasa Inggeris.
Namun, keunikan nama kampung tersebut menarik perhatian pelancong yang hanya datang untuk bergambar di papan tanda tertera nama ‘Fucking’ itu.
Sebenarnya banyak tempat menarik atau tarikan lain di kampung tersebut antaranya tasik, hutan simpan dan pemandangan indah di sana, tetapi pelancong hanya tertarik dengan dengan papan tanda nama kampung tersebut sahaja.
Lebih mengejutkan sebelum ini satu kes pernah dilaporkan apabila pelancong mencuri papan tanda nama kampung tersebut. Untuk menggantikan papan tanda tersebut menelan kos sehingga 300 Euro (RM1377) dan ia terpaksa ditanggung oleh penduduk tempatan melalui cukai yang dibayar.
Susulan kejadian itu, penduduk kampung bercadang untuk menukar nama kampung tersebut melalui undian. Bagaimanapun, Datuk Bandar memilih untuk terus mengekalkan nama kampung Fucking memandangkan ia wujud sejak 800 tahun lalu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Free Malaysia Today