Kapal Kargo Barangan 11.11 Karam, Pembeli Minta Wang Dikembalikan
Untuk anda yang sedang menantikan barangan yang dibeli secara atas talian pada jualan 11.11 yang lalu, mungkin ini berita buruk buat anda. Sebuah kapal kargo dipercayai membawa muatan barangan Taobao karam selepas berlaku perlanggaran di perairan Minjiang.
Di dalam insiden tersebut, sembilan anak kapal berjaya diselamatkan manalaka tujuh kru masih hilang dan dua disahkan maut. Kapal kargo dari Taiwan itu dikatakan sedang membawa barangan Sale 11.11 sebelum dihantar kepada pembeli.
BACA: Taobao Store Terbesar Di Malaysia Bakal Dibuka Di Cheras
Difahamkan, akibat kejadian tersebut sebanyak 879 tan barang di atas kapal tenggelam ke dalam laut.
Susulan berita itu, 100 orang pelanggan telah membuat aduan kepada TaoBao supaya memulangkan duit jika barang tiada hingga ianya tular di media sosial.
Kata seorang netizen, dia berharap barangnya dalam keadaan selamat dan mahu wangnya dikembalikan, jika barang tidak sampai kepadanya.
Bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan kepada semua pembeli bahawa proses pampasan akan disalurkan menerusi pembayaran AliPay.
Perkhidmatan pelanggan juga akan terus menghubungi pembeli untuk memudahkan kaedah pemprosesan tersebut. Difahamkan, insiden berkenaan pertama kali berlaku melibatkan pengurusan logistik TaoBao.
ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi
- SUMBER
- Astro Awani