Karipap Percuma Untuk Wanita Hamil Sepanjang Ramadan
Bulan Ramadan sememangnya dinanti oleh semua umat Islam. Pada bulan inilah segala amalan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda.
Menjual sambil beramal, itulah yang dilakukan oleh peniaga tiga beradik di Jitra, Kedah ini yang masih meneruskan tradisi ibu mereka dengan memberi kuih karipap secara percuma kepada wanita mengandung sepanjang Ramadan.
BACA: Pizza Percuma Untuk Wanita Hamil Setiap Hari Rabu
Menurut Mohd Shaiful Hafiq Mohd Hadir, dia bersama dua lagi adiknya, Mohd Zulfadhly dan Mohd Hashiff meneruskan tradisi ibunya sejak 18 tahun lalu sebagai tanda syukur dengan rezeki yang dilimpahkan kepada keluarganya.
Mula mengambil alih perniagaan ibunya sejak setahun lalu, sebanyak 500 karipap diperuntukkan untuk berikan kepada wanita mengandung di 13 cawangan gerai seluruh negeri.
“Ibu selalu pesan, jika mahu berniaga, jangan hanya fikir untung saja, perniagaan dilakukan mesti memberi manfaat kepada orang lain juga, kalau tak lebih baik jangan berniaga. Sebagai insan yang melahirkan kami, nasihat ibu itu kami pegang,” katanya kepada Harian Metro.
Mohd Saiful yang berasal dari Kampung Padang berkata, dalam sehari seorang ibu mengandung mendapat tiga biji kuih itu dan sekurang-kurangnya lima ibu mengandung singgah untuk mendapatkan karipap berinti daging dan ayam secara percuma.
Katanya lagi, setiap hari sebanyak 11,000 karipap terjual dan resipi karipap diwarisi sejak turun-temurun dan aroma rempah giling menjadikan kuih itu sangat.
“Setiap hari, 11,000 karipap terjual, Alhamdulillah rezeki kami tidak pernah putus, sebagai orang Islam kita tidak boleh takut bersedekah kerana amalan itu yang menjemput rezeki,” katanya.
Diharap kisah ini dapat dijadikan contoh buat peniaga lain untuk bersedekah dan melakukan amal kebajikan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- Harian Metro