Kastam New Zealand Kini Ada Kuasa Periksa Telefon Anda
Mungkin ramai yang akan berfikir panjang untuk bercuti ke New Zealand selepas ini apabila menjadi negara pertama yang mengenakan denda kepada mereka yang enggan memberikan kata kekunci telefon bimbit untuk diperiksa oleh pihak kastam.
Akta Kastam dan Cukai New Zealand 2018 yang akan mula berkuat kuasa minggu ini, membolehkan pegawai kastam mendapatkan kata laluan, PIN dan kata kunci untuk membuka peranti digital milik pelancong yang berkunjung ke negara tersebut.
BACA: Selalu Naik Kapal Terbang? Hati-Hati Dengan Sindiket Ini
Lebih mengejutkan, mereka yang enggan untuk menyerahkan kata laluan akan didenda sehingga sehingga $ NZ5000 (RM13,404) atau boleh didakwa serta peranti mereka akan dirampas.
Sebelum ini, pegawai kastam boleh menghentikan sesiapa sahaja di sempadan dan meminta untuk memeriksa telefon bimbit, namun undang-undang tersebut tidak meminta para pelancong untuk memberikan kata laluan mereka.
Bagaimanapun, menerusi undang-undang baharu itu, pegawai kastam hanya akan melakukan pemeriksaan fail di dalam telefon sahaja dan tidak akan memeriksa data penyimpanan dalam talian. Pegawai juga akan memerika telefon bimbit ketika di dalam mod penerbangan.
Pegawai juga perlu mempunyai “sebab yang munasabah untuk mengesyaki” peranti atau pemilik sebelum dibenarkan untuk melakukan carian termasuk membuat salinan data.
Bagaimanapun, undang-undang baru itu mendapat kecaman hebat oleh pejuang hak asasi manusia dan pelancong. Rata-rata mereka mengatakan, mengapa perlu ke negara tersebut sedangkan ada banyak lagi negara lain boleh dilawati dan mereka tidak akan memeriksa telefon bimbit anda.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- News.com