“Kawan Saya Posmen Kena Tampar Barang Lambat Sampai”
Minggu lalu, viral di media sosial apabila seorang individu meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai rakannya yang bekerja sebagai posmen di tampar oleh penerima barangan kerana dikatakan barang lambat sampai.
Menurut perkongsian tersebut, walaupun kelewatan itu berpunca daripada pihak pertama, namun posmen yang bertugas pada hari kejadian di Ulu Tiram, Johor, pula yang menjadi mangsa apabila dilempang sehingga menyebabkan cermin matanya pecah dan mengalami kecederaan di hidung.
BACA: Ramai Merungut Pos Laju Selalu Lambat, Tapi Ini Sebabnya..
NI NAMANYA MELAYU? KAWAN AKU YG POSMEN NI KENA TAMPAR SEBAB BARANG LAMBAT SAMPAI. APA SIAL MANUSIA MCMNI KALAU TAK PUAS HATI NAK MARAH KE PAKAI MULUT NI SAMPAI NAIK TGN APA CERITA?! LAGIPUN BUKAN SALAH DIA BARANG LAMBAT. KERJA AS POSMEN NI DULU BARU KAU TAU MCM MANA pic.twitter.com/3SuWgZOADX
— THE GG (@xie_xiey) August 1, 2018
Katanya lagi, dia sudah lama mengenali rakannya itu dan dia seorang yang lembut serta tidak akan melawan jika perkara tersebut terjadi. Tambahnya lagi, dia meluahkan rasa kasihan kerana rakannya itu baru saja mendapat anak dan berjauahan dari keluarga.
Ujar lelaki itu lagi, jika inginkan barang dengan segera, ambil sendiri di pejabat pos kerana posmen bukan menghantar satu barang sahaja.
Sementara itu, netizen meluahkan rasa kasihan kepada mangsa yang menjadi mangsa kemarahan, malah, menyarankan mangsa membuat laporan polis untuk menuntut keadilan.
Tidak kurang juga ada segelintir netizen menawarkan diri untuk menggantikan cermin mata yang telah patah. Namun mangsa enggan menerima kerana mahukan individu yang melempangnya itu menggantikan cermin matanya.
Difahamkan, mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- The Reporter