Kecewa Ais Mangga Dibeli Indah Khabar Dari Rupa
Sekarang ni kalau tengok iklan makanan je memang boleh buat terliur. Tapi bila beli, boleh dikatakan hampir semua makanan yang kita dapat memang berbeza dengan dalam gambar. Namun, untuk kes kali ini memang agak melampau.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Wong meluahkan rasa kecewanya apabila pencuci mulut yang dibelinya di sebuah restoran pusat beli-belah IOI City Mall tidak seperti di dalam gambar.
BACA: Ais Kepal Milo Tarikan Terbaru Perak
Sepatutnya ais mangga kepal tersebut tinggi membukit, tapi apa yang dia dapat ais mangga ‘rata’.
“Saya membeli ‘ais kepal susu bersama mangga dan sagu’ tapi apa yang saya dapat hanya separuh daripada apa yang ditunjuk pada gambar. Pekerja disitu menjelaskan, apa yang pembeli dapat memang tak sama dengan dalam gambar.
“Saya mahu membatalkan pembelian kerana rasa seperti ditipu. Pekerja tersebut kemudian bercakap dengan pengurus tempat tersebut. Namun selepas lima minit saya masih lagi menunggu jawapan.
Namun, jawapan yang diberikan oleh pengurus restoran tersebut sangat mengecewakan. Pengurus itu memberitahu, ais tesebut cair dan disebabkan itu ianya berbeza dengan dalam gambar.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pengurus tersebut menawarkan satu lagi mangkuk ais mangga.
Ternyata posting tersebut mendapat perhatian netizen dan ada juga di antara mereka yang kongsikan pengalaman yang sama.
“Kenapa restoran tersebut tak boleh bagi banyak ais? Mahal sangat ke untuk harga ais?” kata seorang netizen.
“Saya pernah pergi ke restoran ini dan memang betul makanan dalam gambar tidak sama dengan yang sebenar,” kata seorang lagi pengguna Facebook.
Rasanya ini bukan kali pertama kes seperti ini terjadi. Kalau tengok iklan dekat TV semua makanan nampak sedap gila, tapi bila dapat memang menyedihkan.
ARTIKEL BERKAITAN:
5 Perkara Menarik Tentang Ais Tingkap
Kajian: Makan Aiskrim Waktu Pagi Buat Anda Bijak
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kena Paksa Makan Satay Daging Arnab?!!
- SUMBER
- World of buzz