Kedah Bakal Ada Pengangkutan Awam LRT 15 Tahun Lagi
Ini merupakan berita baik buat rakyat Kedah apabila negeri ‘Jelapang Padi’ itu bakal mempunyai sistem pengangkutan awam moden apabila pembinaan sistem transit aliran ringan (LRT) akan direalisasikan dalam tempoh 15 tahun lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin, berkata pengangkutan awam tersebut akan lebih memberi keselesaan kepada penduduk terutama di bandar besar seperti di Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim.
BACA: Hanya RM100 Pas Bulanan Tanpa Had Pada Tahun 2019
“Jadi saya ingin melihat suatu hari nanti, tidak pun dalam masa terdekat, ataupun lima ke 10 tahun yang akan datang, bandar-bandar besar di Alor Setar, Sungai Petani dan juga Kulim dapat kita adakan pengangkutan seperti LRT.
“Ini supaya ia boleh melalui di semua kawasan perumahan dan rakyat akan lebih selesa dan keadaan bandar kita juga akan lebih baik dari sudut alam sekitarnya,” katanya kepada Astro Awani.
Kata beliau lagi, pihaknya mendapati pengangkutan awam di negeri ini tidak menjadi pilihan utama pengguna adalah disebabkan jadual dan frekuensi laluan bas tidak efisien.
Rentetan itu, terdapat syarikat bas yang menghentikan operasi di tujuh hingga sembilan laluan di Kedah pada Julai lalu berikutan kekurangan penumpang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- Astro Gempak