Kedah Juara Penghidap Kencing Manis Diikuti Perlis & Johor
Umum mengetahui jumlah penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia berada di tahap membimbangkan. Pasti ramai diantara anda tertanya-tanya negeri manakah yang ramai penghidap kencing manis.
Apa yang mengejutkan, negeri Kedah menjuarai carta penyakit kencing manis, diikuti Perlid ditangga kedua dan Johor di tempat ketiga.
BACA: Tiap Malam Hanya Makan Buah, Lelaki 21 Tahun Hidap Kencing Manis
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dilakukan lima tahun sekali melaporkan Kedah mencatat 25.4 peratus penduduk yang mengidap kencing manis.
Jumlah mereka yang mengidap diabetes di Perlis ini adalah 20.6 peratus, manakala negeri Johor 19.8 peratus.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh berkata punca utama kadar peratusan yang tinggi adalah kerana pengambilan nasi secara kerap dalam pemakanan harian.
Menurutnya lagi, Kedah merupakan pengeluar beras terbesar. Ujarnya, Pengambilan nasi pada sebelah pagi, tengah hari dan malam boleh menjadi punca kepada penyakit kencing manis.
Kata Dr Ismail Salleh lagi, secara keseluruhan sebanyak 41.4 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri Kedah menghidap penyakit itu. Namun hanya angka 25.4 peratus dicatatkan bagi penghidap diabetis berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, manakala dianggarkan 16 peratus lagi pesakit tidak berdaftar.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Buah Oren Baik Untuk Badan
Manggis Buah Kegemaran Ratu Victoria England?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- MalaysiaKini