Kedah & Perlis Bakal Dilanda Cuaca Sejuk
Jika sebelum ini negeri Kedah dan Perlis mendapat amaran cuaca buruk, kini kedua-dua negeri itu bakal dilanda cuaca sejuk berikutan angin sejuk dari negara China.
Cuaca sejuk itu dikatakan berpunca daripada sistem tekanan tinggi yang kuat dari negara tersebut membuatkan suhu di Kedah dan Perlis menurun.
BACA: Lautan Bahamas Kering Kontang Selepas Dilanda Taufan
“Berdasarkan suhu direkodkan dalam tempoh seminggu, bermula 17 Disember, menunjukkan penurunan ketara. Suhu waktu siang bermula 17 hingga 22 Disember adalah 33 darjah Selsius, menurun kepada 31.4, 31.6, 29.6, 31.0 dan 27.0,” ujar Pengarah Meteorologi Kedah, Rosli Zakaria.
Menurutnya, cuaca sejuk diramal berterusan sehingga dua hari lagi termasuk negara seberang, Thailand yang juga terkena tempias cuaca sejuk itu di wilayah utara, timur laut dan tengah serta Bangkok.
Biasanya, negeri Kedah selalu dilanda cuaca panas terik namun kali ini penduduk di dua buah negeri itu dapat merasai cuaca sejuk luar biasa pula.
Sebelum ini, negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang menerima amaran cuaca waspada, dengan angin kencang, laut bergelora dan kenaikan aras laut, tetapi amaran itu ditarik balik pada Sabtu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Misteri Hujan Turun Hanya Di Satu Rumah
Malaysia Bakal Dihujani Hujan Meteor
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?
- SUMBER
- MSTAR