Kedai Makan Di Kelantan Tutup Pukul 12 Malam Mulai 2020
Mulai tahun depan, kerajaan Kelantan akan menghadkan operasi kedai makan, warung, atau restoran sehingga jam 12 tengah malam bagi mengatasi masalah gejala sosial dikalangan anak muda di negeri itu.
Menurut menteri besarnya, Ahmad Yakob, kajian mendapati punca remaja atau golongan muda sering keluar rumah pada waktu malam kerana restoran beroperasi melebihi jam 12 malam.
BACA: Ex Gf Tak Suka Kelantan, Lelaki Tawar Cincin ‘Free’ Tak Jadi Tunang
“Kita berhasrat untuk melaksanakan peraturan itu di mana kegiatan pada waktu malam tidak melebihi jam 12 malam.
“Jadi kita minta semua kakitangan kerajaan memberi sokongan penuh. Semakan dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya dapat kurangkan tarikan anak-anak muda ketika berada di luar,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Ujarnya lagi, meskipun banyak lagi faktor lain punca berlakunya gejala sosial, pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan suasana malam tidak melebihi jam 12 malam.
Jelasnya lagi, pihaknya mengambil contoh negara maju yang menutup lebih awal kegiatan perniagaan pada waktu malam kecuali premis tertentu sahaja.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- MalaysiaKini