Kedekut Punya Pasal, Selamba Cuci Satu Kereta Di Pam Minyak
Dengan zaman kos sara hidup semakin meningkat, sememangnya kita perlu lebih berjimat cermat. Tetapi janganlah kedekut sangat sampai kereta pun basuh dekat pam minyak. Ini namanya menyalahgunakan kemudahan untuk kepentingan sendiri.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan beberapa keping gambar memperlihatkan seorang pemandu sedang mencuci keretanya di sebuah pam minyak.
BACA: Basuh Baju Tengah Malam, Makan Dalam Kereta Punca Kes Cerai
Apa yang menjadi perhatian ialah menurut pengguna Twitter itu pemandu tersebut mencuci seluruh keretanya menggunakan air yang disediakan berserta wiper dan span milik stesen minyak di Pulau Pinang.
Lebih mengejutkan, pengguna Twitter itu memberitahu, pemandu itu tidak mengisi petrol dan hanya berhenti untuk mencuci keretanya sahaja.
Pengguna Twitter itu juga turut terkejut dengan tindakan pemandu itu yang dilabel sangat kedekut sedangkan harga cuci kereta di Penang hanya RM5 sahaja.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang terkejut dengan situasi berkenaan. Ada juga netizen tidak menyangka ada rupanya orang bersikap sedemikian.
Malah ada yang menyindir dengan mengatakan pemandu tersebut memandu kereta Honda tetapi kedekut keluarkan wang untuk mencuci kereta.
Tak salah nak berjimat atau kedekut, tapi ini dah tahap lain dah nak jimat punya pasal. Agak-agak ada tak pemandu diluar sana yang berani basuh kereta di pam minyak tanpa isi minyak?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Twitter Hilmi Adi