Pelbagai cara diusahakan bagi memastikan negara kita kurang pencemaran dan salah satunya dengan penggunaan pengangkutan awam menggunakan elektrik seperti bas.

Kelantan bakal mengikut jejak langkah beberapa negeri lain yang menggunakan bas elektrik sebagai pengangkutan awam di bandar negeri masing-masing.

BACA: Kafe Harry Potter Dibuka Di Kelantan

Sumber dari malaysiandigest.com

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menjelaskan bahawa penggunaan bas elektrik bertepatan dengan matlmat kerajaan yang mahu mengamalkan pengamalan hijau di negeri itu.

Menurutnya, ia juga merupakan satu langkah untuk mengurangkan pencemaran karbon terhasil dari asap bas serta mengurangkan kos bahan bakar.

Sumber dari bharian.com.my

Bas bernilai RM1.2 juta diimport dari China itu bakal beroperasi pada tahun depan selepas mereka memilih laluan sesuai serta lokasi penempatan stesen pengecasan.

Untuk pengetahuan anda, bas elektrik itu mempunyai 40 tempat duduk dan kelajuan maksimum sehingga 80 kilometer sejam serta dapat memandu jauh hingga 50 kilometer walaupun dicaj dalam masa 15 minit sahaja.

Nampaknya semakin banyak penggunaan kenderaan elektrik di negara ini dan diharap tahap pencemaran berkurangan dengan usaha dilakukan oleh pihak kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN:
3 Lelaki Kelantan Ditahan, Rancang Bom Festival Beer
Bayar Nasi Kerabu Di Kelantan Guna Bitcoin
“Kelantan Perlu Benar Semula Wanita Buat Persembahan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138