Negara kita kaya dengan permainan dan persembahan tradisional yang menarik. Namun, sejak kebelakangan ini tak ramai yang membuat persembahan dan bermain permainan tradisional. Rasanya macam dah lama tak tengok persembahan mak yong, wayang kulit dan main puteri kan?

BACA: Sabah Dah Lama Buat, Kelantan Bukan Pertama

Wartawan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bidang hak budaya, Karima Bennoune meminta kerajaan Kelantan memberi kebenaran semula kepada wanita di negeri itu membuat persembahan kebudayaan.

Bukan itu sahaja, dia juga berharap persembahan kebudayaan tradisional dibenarkan semula seperti mak yong, wayang kulit, main puteri dan sebagainya.

Sumber dari indoindians.com

Menurutnya, larangan tersebut memberi impak negatif dalam memelihara persembahan seni tradisional dan kelangsungan hidup.

Malah, Bennoune turut meluahkan kebimbangan mengenai larangan itu kerana ia merupakan sebahagian daripada sejarah negeri Kelantan dan kebanggaan rakyat negeri itu.

Sumber dari postimg.org

“Biar saya jelaskan, larangan terhadap mak yong, wayang kulit, puteri utama dan dikir barat, serta larangan terhadap wanita yang membuat persembahan di hadapan penonton lelaki dan perempuan harus ditarik secepat mungkin,” katanya.

Dia yang berada di Malaysia selama dua minggu atas undangan pihak kerajaan bagi menjalankan pemerhatian dan penilaian terhadap usahanya untuk melaksanakan dan memastikan hak budaya rakyat Malaysia terpelihara.

Kemudian, dia akan membentangkan laporan kepada PBB selepas menyiapkan laporan akhirnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Azan Awal Sangat, Rakyat Kelantan Terpaksa Ganti Puasa
Kenapa 1,000 Orang Serbu Kedai Nasi Kukus Ini?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! 😱 😱 | Kelantan Part 2