“Kelonsong Kecil, Macam Mana Tupai Berak Dalam Periuk Kera?”
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai juadah hari raya lemang periuk kera yang dibangkitkan oleh beberapa individu bahawa tumbuhan tersebut adalah spesis terancam.
Kemudian tular pula pendedahan bahawa tumbuhan periuk kera sebenarnya merupakan mangkuk buat haiwan mamalia seperti Kelawar dan juga tupai.
BACA: Periuk Kera Sebenarnya Mangkuk Tandas Tupai & Kelawar?
Bagaimanapun, seorang peniaga Muhammad Shahrinnahar Abdul Latib dari Kuantan yang menjual lemang periuk kera sejak dua tahun lalu tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Menurutnya, hanya satu lokasi yang menjadi tempat dia mencari tumbuhan itu yang terletak di tepi sepanjang Jalan Kuantan-Maran. Katanya lagi, setiap tahun dia mencari periuk kera di tempat yang sama dan itu bermakna pokok tersebut tidak mati ataupun pupus seperti yang didakwa.
“Sebenarnya tidak perlu masuk jauh-jauh dalam hutan pun untuk cari periuk kera ni. Tiap tahun saya cari di tempat yang sama, maknanya pokok kera tak mati pun atau pupus seperti dakwaan ‘pencinta alam sekitar’ itu.
“Malah pada tahun ni saya rasa hasil periuk kera yang dikutip lagi banyak dari tahun lepas. Maknanya pokok periuk kera semakin bercambah dan membiak dengan baik,” katanya.
Shahrinnahar juga tidak bersetuju dengan dakwaan mengatakan kelongsong periuk kera menjadi tempat haiwan seperti tupai dan kelawar membuang najis.
Katanya, kelongsong yang digunakan olehnya bersaiz kecil dan agak mustahil untuk haiwan membuang najis di dalam tumbuhan tersebut.
“Sehingga hari ini, lebih 5,000 kelongsong yang telah dibasuh dan tidak pernah lagi menemui najis haiwan di dalamnya.
“Satu lagi, kelongsong yang saya guna ni kecil, macam mana tupai atau kelawar nak berak dalam tu. Ada satu keje pulak dia nak berak dalam tu.
Menurutnya lagi, sejak artikel mengenai periuk kera tular, ada pelanggannya membatalkan tempahan di saat akhir.
“Jadi kesimpulannya di sini, jangan nak fitnah makanan tradisional masyarakat Melayu dan Orang Asli ni. Jual lemang ni bukan boleh kaya pun, sekadar boleh beli baju raya anak-anak je..,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Astro Awani