Keluar Masjid Selipar Kena Rembat, Kawan Sanggup Pikul
Setiap hari Jumaat, lelaki yang beragama Islam diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat. Setiap kali waktu tersebut, memang masjid sesak dengan orang ramai. Jadi tidak hairan jika ada yang tertukar selipar dan hilang kasut.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook kongsikan gambar seorang remaja lelaki yang memikul rakannya gara-gara seliparnya hilang sebaik saja selesai menunaikan solat Jumaat di masjid. Dengan cuaca panas, memang sakit kaki kalau berjalan di atas jalan tar.
BACA: Kerana Takut Ular Cikgu Sanggup Gendong Anak Murid
Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang terharu dengan pengorbanan sahabat yang sanggup membantu dan bergilir-gilir memikul sahabat mereka. Hakikatnya, kita mempunyai ramai kawan tapi hanya beberapa orang sahaja yang kita boleh gelar sebagai sahabat.
Ada beberapa netizen mengatakan selalu melihat situasi seperti itu setiap hari Jumaat, lebih-lebih lagi pelajar sekolah agama memikul rakannya yang OKU berulang alik dari asrama.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan, jika sahabat yang dipikul mempunyai saiz badan yang kecil tidak mengapalah untuk dipikul. Kalau kawan tu memiliki berat badan berlebihan, ada ke yang sanggup pikul.
Apa pun, kalau selipar hilang di masjid memang hanya tinggal harapan untuk temui semula. Tapi mungkin ada hikmah disebalik kejadian, masa inilah mereka dapat kenali hati budi rakan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam? 😱😱😱
- SUMBER
- CariForum