Keluarga Muslim Terkejut Burger McD Ada Bakon
Memang agak sukar untuk mencari makanan halal lebih-lebih lagi di negara yang majoritinya beragama lain namun itulah cabaran yang harus ditempuhi.
Satu keluarga beragama Islam yang sedang memakan burger McChicken di McDonald’s Alabama nyata terkejut setelah mendapati burger mereka diletakkan bakon.
BACA: Bila Abang Drive-Thru McD Layan Nyanyi Sekali
Dalam video berdurasi selama lima saat itu jelas menunjukkan kesemua burger yang dipesan oleh keluarga tersebut didakwa diletakkan bakon.
Mereka dalam perjalanan ke New York berhenti seketika untuk mengalas perut dengan makan di McDonald’s Decatur, Alabama namun terkejut setelah melihat bakon yang ‘disembunyikan’ di dalam burger mereka.
Kemudian, salah seorang daripada mereka memuatnaik video mendakwa terdapat daging bakon yang tersembunyi di sebalik kepingan daging ayam McChicken yang dipesan. Malah, ada yang telah termakan bakon tanpa disedari.
Sehubungan dengan itu, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) Alabama meminta penjelasan daripada pihak yang terbabit mengenai insiden itu.
“Ini tidak seperti satu kesilapan, terutamanya kalau bakon itu ada dalam 14 ketul burger,” ujar Pengarah Eksekutif CAIR Alabama, Khaula Hadeed.
“Dendeng daging itu sama ada terletak di atas ayam atau tersembunyi di bawah burger supaya (pengguna) tidak sedar. Itulah sebabnya kami rasa ini disengajakan.” tambahnya lagi.
Mereka makan McChicken sepanjang masa di McDonald’s. Mereka tahu apa yang mereka pesan – mereka tahu apa yang ada di dalam makanan itu,” katanya sambil meminta pekerja yang melakukan perbuatan itu dipecat kerana tidak sensitif dengan isu ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)
- SUMBER
- ASTRO AWANI