Kementerian Agama Brunei Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal
Bagi mereka yang membesar sekitar tahun 80an sehingga 90an, pasti masih ingat lagi dengan gula-gula nostalgia White Rabbit ini. Paling menarik tentang gula-gula ini, ramai yang suka makan pembalut putih di dalamnya sekali bersama gula-gula.
Sejak kebelakangan ini, White Rabbit sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila ais krim perisa White Rabbit menjadi trend. Sebelum ini ada ura-ura mengatakan gula-gula tersebut tidak halal kerana ada kandungan yang diragui.
BACA: Kedai Ini Jual Aiskrim Gula-Gula Nostalgia White Rabbit
Terbaru, pihak Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei (MoRA) telah mengesahkan gula-gula susu White Rabbit tidak halal selepas laporan ujian makmal mendapati terdapat kandungan protein khinzir dalam ramuannya.
Berikutan pengumuman berkenaan, beberapa pengeluar ais krim berperisa White Rabbit akan menghentikan pengeluaran dan akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membersihkan peralatan yang digunakan untuk memulihkan keyakinan pelanggan.
MoRA juga turut mengingatkan semua pengimport produk makanan untuk menyenaraikan bahan pada label makanan secara sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk mengelakkan kekeliruan.
Label makanan palsu dan mengelirukan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesihatan Awam (Makanan), dan pesalah boleh didenda dan atau dipenjarakan sehingga lima tahun.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
ROjak Singapore Geylang Serai Dah Sampai Malaysia?
- SUMBER
- The Scoop