Kempen Anti Rokok Paling Rare, Buang Rokok Dapat Karipap!
Meskipun bermacam kempen antirokok dilakukan, namun ianya tidak memberi kesan kepada si perokok. Namun, kempen antirokok yang dilakukan di Masjid Sultan di Singapura ini memang lain dari yang lain.
Jemaah yang menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut dipelawa menyertai inisiatif ‘Puff for a puff’ dengan menyerahkan rokok untuk mendapatkan karipap sebagai ganti.
BACA: WhatsApp Sekat Talian Hotline Lapor Perokok Di Tempat Awam
Difahamkan kempen tersebut bermula pada akhir Jun lalu sehingga Oktober ini.
Selepas pertukaran itu, mereka boleh mendaftar menyertai ‘Program Saya Berhenti 28-Hari’ untuk mendapatkan bantuan lanjut bagi membantu mereka menghentikan tabiat merokok.
Inisiatif ‘Puff for a puff’ bertujuan menonjolkan kos kewangan dan kesihatan disebabkan merokok. Untuk pengetahuan anda, harga karipap di sana sama mahal rokok atau lebih murah dari rokok.
Sebungkus kotak mengandungi 20 batang rokok berharga S$14 (RM42) atau kira-kira 70 sen (RM2) sebatang.
Karipap yang disediakan di masjid itu juga lebih sihat kerana digoreng dalam minyak yang kurang lemak tepu dan menggunakan tepung gandum penuh.
Sebelum membuat pertukaran, perokok perlu mematahkan rokok mereka dan meletakkan di dalam sebuah bekas yang disediakan untuk dibuang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi
- SUMBER
- BH Online