Kadang-kadang kita tak sangka seseorang berperangai pelik atau bersungguh-sungguh mahukan sesuatu merupakan petanda mereka mahu pergi meninggalkan dunia ini buat selamanya.

Terbaru, kisah tular di laman Twitter mengisahkan mengenai seorang sahabat yang kempunan untuk makan meggi kari sebelum dia menemui ajal empat tahun lepas.

BACA: Makan Meggi Dalam Gayung Masjid Buat Ramai Sebak

Kisah ini dikongsi oleh seorang penulis di akaun Twitter @HostelKids beberapa hari lalu mengenai arwah rakannya yang betul-betul teringin untuk makan meggi kari pada satu malam.

Menurutnya, rakannya itu mencari meggi kari sehingga ke blok senior dengan harapan dapat mencari sebungkus meggi yang diidam-idamkannya namun tak berjaya.

Disebabkan kasihan melihat rakannya itu, penulis menyimpan niat untuk membeli meggi kari semasa dia keluar tetapi apabila pulang ke dorm, dia dapati rakannya masih belum pulang ke bilik.

Kemudian, dia mula berasa tidak sedap hati dan semasa perjumpaan di surau, warden memberitahu sesuatu mengenai lima orang pelajar yang masih belum pulang ke asrama.

Menurut warden, lima pelajar termasuk rakan penulis terlibat dalam kemalangan dan rakan penulis berada dalam keadaan tenat. Tak lama kemudian, dia mendapat panggilan bahawa rakan penulis itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Penulis berasa begitu terkilan kerana tidak menyangka meggi kari itu merupakan permintaan terakhir rakannya sebelum meninggal dunia.

Sejak itu, dia akan segera menunaikan permintaan rakannya kerana tak mahu peristiwa lalu berulang kembali. Takziah diucapkan buat rakan penulis.

ARTIKEL BERKAITAN:
Aiskrim Perisa Maggi Kari Kini Di Jerman
Ini Cara Masak Maggi Bila Putus Cinta

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?