Kenapa Ayam Goreng Tergantung Dalam Tren Di Korea Selatan?
Rakyat negara Korea Selatan amat menggemari ayam goreng hinggakan ada yang menjadikan ayam goreng sebagai makanan harian mereka. Sebelum ini negara Taiwan menghias tren MRT mereka dengan tema kolam renang, kini Korea Selatan mengambil keputusan untuk menghias tren MRT dengan ketulan ayam goreng yang menyelerakan.
BACA: Beli Ayam Goreng Mamak, ‘Percuma’ Ulat
Kelihatan jelas ketulan ayam goreng bersaiz agak besar tergantung di setiap bahagian pemegang tangan dalam tren berkenaan.
Selain itu, terdapat kotak makanan atau lunch box turut tergantung sama seperti ayam goreng dan dihias secara berselang seli antara kotak makanan dengan ayam goreng tersebut.
Menurut sebuah laman web Hanyouwang, hiasan ayam goreng itu dibuat bertujuan untuk mempromosikan sebuah syarikat penghantar makanan dikenali sebagai Baedal Tong untuk menarik perhatian pengguna tren di sana.
Malah, syarikat tersebut turut mencipta satu aplikasi menghantar makanan mereka sendiri yang boleh didapati di Google Play Store.
Nampaknya promosi ini bukan sahaja mendapat perhatian warga Korea Selatan, namun turut mendapat perhatian di negara kita. Siapa tak terliur melihat ayam goreng tergantung di depan mata, bukan?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?
- SUMBER
- WORLD OF BUZZ