Keputusan Hapus Tol Akan Diketahui 3 Bulan Lagi
Umum mengetahui, salah satu manifesto Pakatan Harapan jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 adalah untuk memansuhkan tol. Sebelum ini juga, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan mahu menunaikan janji tersebut, namun akan dilakukan selepas kewangan negara pulih.
Terbaru, Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, keputusan berhubung cadangan penghapusan tol akan diketahui dalam masa dua hingga tiga bulan lagi. Katanya lagi, pihaknya kini sedang berunding dengan syarikat konsesi lebuhraya berhubung isu tersebut.
BACA: Kerajaan Jamin Mansuhkan Tol Lepas Kewangan Pulih
“Apa yang nanti diputuskan cara baiknya yang diterima semua pemegang taruh. Saya percaya itu akan dilaksanakan.
“Saya ada terima beberapa cadangan tapi bukan semua dari pihak berkepentingan, tapi saya pasti, akan ada keputusan dalam masa dua, tiga bulan daripada sekarang,” katanya kepada MalaysiaKini.
Menurutnya lagi, setakat ini semua pihak berkepentingan memahami keadaan ekonomi sekarang dan berharap satu keputusan dapat dicapai tidak lama lagi.
Terdahulu, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan HARAPAN akan menamatkan bayaran tol di seluruh negara secara berperingkat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Kambing Golek & Beratus Hidangan Berbuka?
- SUMBER
- MalaysiaKini