Kerajaan Nafi GST Dihapus 1 Jun
Semalam, tular di media sosial apabila ada pihak menyebarkan berita tidak sahih dengan mendakwa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dihapuskan berkuat kuasa 1 Jun ini.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan menafikan kenyataan tersebut dan pihak mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang perintah tentang perkara tersebut.
BACA: GST Bukan Punca Rakyat Malaysia Sakit Mental
“Pihak MOF (Kementerian Kewangan) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu,” kata jurucakap kementerian dipetik Utusan Online.
Kenyataan palsu itu ada menyebut bahawa GST bakal dihapuskan bermula 1 Jun depan dan tiada cukai baharu yang akan dikenakana sepanjang dua tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Sebelum PRU14 yang lalu, di dalam Menifesto PH ada menyebut mengenai penghapusan GST dalam masa 100 hari jika mereka menang dalam pilihan raya.
ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)
- SUMBER
- The Malay Mail Online