Kini ramai yang mempunyai kesedaran terhadap kesihatan dan mula mengamalkan diet serta gaya hidup sihat untuk mengurangkan berat badan.

Kisah seorang lelaki ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) dalam masa dua bulan menarik perhatian warga laman sosial.

BACA: Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus

Lelaki tersebut dikenali sebagai Harith Faisal di laman sosial Facebook berkongsi tips bagaimana untuk mengurangkan berat badan dengan minum teh hijau.

Selain itu, dia juga menerangkan khasiat teh hijau terhadap badan jika minum secara konsisten. Dia juga memberi contoh jenama teh hijau yang diminumnya supaya orang ramai tahu untuk beli teh hijau yang mana satu.

Di samping itu, dia memberitahu berapa banyak teh diminumnya dalam masa sehari dan tempat untuk membeli serta harga teh hijau tersebut. Baik betul siap bagitahu tempat yang spesifik lagi!

Malah, Harith turut menunjukkan gambar sebelum dia serius mengamalkan diet minum teh hijau. Macam tak percaya teh hijau banyak khasiat hingga boleh hilangkan 10 kg dalam masa singkat.

Memang ketara perbezaan sebelum dan selepas pengambilan teh hijau. Diet sebegini memang sesuai diamalkan untuk semua peringkat umur memandangkan ia baik untuk kesihatan dan terbukti berkesan.

Warga laman sosial itu juga ramai mahu mencuba malah ada yang berkongsi kisah penurunan berat badan selepas selalu minum teh hijau.

Walaupun teh hijau rasa kelat tanpa susu atau gula, lama-kelamaan anda akan terbiasa dan menganggap ia seperti air kosong.

Jangan minum air sahaja, jaga jumlah pengambilan makanan kalau mahu sihat dan berat badan turun secara semulajadi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg
Amylea AF Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 8Kg Sebulan
Dulu Diejek ‘Badak Sumbu’, Kini Cantik Sungguh!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Telur Di Kelantan