Kereta Terbang Pertama Malaysia Sudah 85 Peratus Siap
Nampaknya hasrat Malaysia untuk memiliki kereta terbang pertama pada tahun 2020 bakal tercapai apabila kerja membina prototaip kereta terbang tersebut sudah 85 peratus siap.
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, prototaip kereta terbang itu sedang dibina oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun kerana kuasa ekonomi disana mempunyai ekosistem sokongan untuk industri kereta terbang.
BACA: Prototaip Kereta Terbang Dijangka Siap Oktober Ini
Menurut Redzuan, beliau akan ke Jepun September depan dan berharap dapat melihat kereta tersebut dan akan membawa pulang ke tanah air pada akhir tahun ini.
Katanya lagi, pihak kementerian kini dalam perbincangan untuk mewujudkan ruang udara yang sesuai untuk kereta terbang di Malaysia, serupa dengan usaha dilakukan di beberapa negara lain.
“Kereta terbang adalah inisiatif swasta. Kami tidak mengawal mereka (pelabur) mengenai apa yang mereka mahu lakukan, tetapi kami perlu mewujudkan industri (kereta terbang) di Malaysia,” katanya
Berhubung mengenai kereta terbang yang akan dilancarkan akhir tahun ini, Mohd Redzuan berkata ia bergantung pada ekosistem Malaysia untuk kereta terbang, khususnya dari segi ketersediaan untuk terbang pada waktu itu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- mStar Online