Keropok Viral Tidak Halal, Ini Perkara Anda Kena Tahu
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai keropok yang dikeluarkan oleh pengeluar arak yang cukup dikenali ramai. Berikutan itu, ianya menimbulkan kerisauan oleh ramai pihak jika ada yang terbeli.
Menerusi Facebook, Pensyarah Kanan, Sains dan Teknologi Makanan dari Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam, Dr Aida Azmi memberi penjelasan tentang penjualan keropok viral tersebut.
BACA: KFC S’pura Berhenti Sediakan Penyedut, Penutup Minuman
Ramai yang tanya tentang isu Halal produk ini
Awal-awal pagi ni saya menerima kiriman gambar-gambar potato chips di bawah (rujuk Foto 1 dan 2) dikeluarkan oleh Tiger, salah satu pengeluar beer (arak) yang cukup dikenali…
Isunya, pastilah ramai yang tertanya-tanya tentang isu Halal produk ini…tambahan pula apabila ada ‘disclaimer’ di bahagian belakang produk yang mengatakan produk ini HANYA UNTUK NON-MUSLIM DAN BERUSIA 21 TAHUN KE ATAS…
Pengeluar keropok tersebut tidak salah!
Pengeluar tidak salah. Tiada undang-undang yang mengatakan TIDAK BOLEH MENJUAL PRODUK MAKANAN YANG HARAM BAGI ORANG ISLAM (MUSLIM).
Kewajipan mencari yang Halal itu adalah kefardhuan ke atas seorang insan yang mengaku Muslim. Makanya, sebagai seorang pengguna, kita harus bijak memilih.
Rajin-rajin baca label, ajar anak pentingnya logo Halal
Belajar membaca label pada pembungkus makanan, ajarkan juga kepada anak-anak anda tentang kepetingan Logo Halal yang diiktiraf JAKIM. InsyaAllaah anda boleh bersandar kepada kredibiliti JAKIM sebagai pengeluar sijil Halal di Malaysia.
Bahkan, disebabkan anak saya sudah faham konsep Halal, saya terselamat daripada membeli jajan-jajan yang tiada logo Halal seperti contoh, Kinder Bueno. Dalam hati, mama tarik nafas lega sebab dapat selamatkan duit (ini cerita 7-8 tahun lalu. Sekarang sudah ada logo halal daripada luar negara yang diiktiraf JAKIM).
Ramai yang risau, cadangkan produk tersebut diasingkan
Namun, tidak dinafikan, ibu-ibu terutamanya merasa risau bagaimana jika anak-anak TERBELI produk-produk seperti ini?
Ada yang mencadangkan agar produk-produk yang TIDAK HALAL ini diletakkan di kawasan khas yang menempatkan produk-produk NON-HALAL saya bersetuju dengan cadangan ini. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko terbeli.
Keropok itu BUKAN UNTUK DIJUAL, ianya free gift
Untuk mendapatkan kepastian, maka saya bertanya kepada sahabat-sahabat yang aktif dalam bahagian persijilan Halal.
Jawapan yang diterima adalah, produk ini BUKAN UNTUK DIJUAL. Benar ia boleh didapati di SPEEDMART, tapi hanyalah sebagai free gift jika membeli beer brand Tiger.
Jadi, buat semua pengguna MUSLIM, jadilah oengguna yang bijak. Semak sebelum sebar. Semoga kita semua dapat menjaga diri dan makan makanan yang Halal dan daripada sumber yang Halal juga.
Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Betul tu, pastikan semak maklumat tersebut sebaik mungkin sebelum sebarkan di media sosial. Kongsikan maklumat ini agar lebih ramai tahu cerita sebenar.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Uncle Tetsu Coconut Pandan?
- SUMBER
- mingguan wanita