Minuman Coca Cola tak elok diminum setiap hari kerana ia mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi walaupun ia sememangnya sedap diminum.

Ramai yang tak sedar bahawa minum minuman air berkarbonat boleh menyebabkan ketagihan dan anda akan rasa mahu minum minuman tersebut setiap hari.

BACA: Tampar Rakan Kerja Erat Silaturahim

Sumber dari cari.com.my

Seorang lelaki berasal dari Cheshire, Shane Trench, 21 tahun, tidak menyedari tabiat meminum air Coke sebanyak 13 liter atau 40 tin sehari akan menyebabkan berat badannya naik.

Menurut Shane, tujuan dia minum air berkarbonat dalam jumlah yang banyak itu kerana mahu mengurangkan tabiat makannya tetapi apa yang berlaku lebih teruk daripada sebelum ini.

Sumber dari cari.com.my

Disebabkan tabiat tidak sihat itu, berat Shane naik mendadak sebanyak 204 kilogram dan menyukarkan dirinya bergerak serta melakukan aktiviti lain.

Kemudian, ibu bapanya yang risau akan keadaan anak mereka itu menasihatinya agar menghentikan tabiat buruknya itu sebelum perkara tidak diingini berlaku.

Sumber dari cari.com.my

Selepas setahun, Shane berjaya menurunkan berat badan hampir 70 kilogram dan sudah berhenti minum air berkarbonat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sembuh Kanser Tahap 4 Dengan Makan Sayur
KFC Jual Ayam Kurang Aroma Hormat Pengguna Subway

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak