Anda tahu tak apa persamaan mereka yang suka tonton drama Korea? Kalau korang nak tau, kebanyakan yang tengok drama Korea memang susah nak berhenti bila dah start layan episod satu. Betul tak? Masalahnya pulak, penerbit drama Korea ni memang pandai, elok-elok habis episod 1, ending dia punyalah suspen sampai timbul rasa rugi kalau tak sambung episod 2.

Inilah yang terjadi kepada Ayda Jebat apabila penyanyi ini berangan untuk bercinta ala-ala drama Korea, siap pakai pakaian tradisional sana lagi bersama Nabil Mahir.

Nabil pun boleh tahan jugak melayan perangai si Ayda. Tak percaya, tengoklah video kat bawah ni. Siap acah cakap Korea lagi tau (cuba dengar betul-betul apa mereka cakap).

Tapi sebenarnya, apa yang Ayda Jebat dan Nabil feeling sangat tu berkaitan dengan contest Fly Me To Korea oleh Watsons. Hadiahnya bukan main-main tau sebab korang boleh menang sepasang tiket percutian (terhad kepada 10 pasang sahaja).

Caranya sangatlah mudah tapi yang perkara pertama korang kena buat adalah jadi ahli Watsons. Kemudian untuk make sure korang layak untuk sertai pertandingan ini lagi, korang perlu buat pembelian hanya dengan jenama yang mengambil bahagian.

Kami share sikit sebahagian barangan yang boleh anda beli untuk join contest ni. Cepat isi borang kat link kami kongsikan ini untuk dapatkan peluang pergi Korea bersama pasangan korang – www.watsons.com.my/promo-membercontest

Watsons pun dalam masa yang sama, untuk Februari ni buat Saranghae Sale ada buat potongan harga sehingga 50% dan bagi ahli Watsons pulak boleh dapat lagi tambahan 30% untuk lebih 1,000 barangan yang ada di sini. Pandai buat kira-kira perbelanjaan, memang jimat sangat-sangat,kan?

Jadi bagi korang yang nak tau lebih lanjut tentang promosi yang berlangsung ni, korang boleh tengok-tengok sendiri di laman web mereka, klik je di sini – watsons.com.my today