Ini sememangnya berita gembira buat mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran atau vegetarian apabila restoran makanan segera tersohor dunia, KFC akan memperkenalkan ayam berasaskan sayur-sayuran.

Difahamkan, KFC kini dalam proses menguji kedua-dua menu tersebut dan akan diperkenalkan di cawangan KFC seluruh dunia tidak lama lagi.

BACA: Bekas Staf KFC Dedah Tindakan Jika Dapat Ayam Saiz Kecil

Menu terbaru vegetarian itu dihasilkan dengan kerjasama syarikat pengeluar makanan sayur-sayuran terkemuka Behyond Meat.

Untuk peringkat awal, produk baharu dalam percubaan itu akan dibekalkan ke seluruh Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Untuk memudahkan penggemar makanan sayur-sayuran, produk nugget dan kepak ayam sayur-sayuran itu diedarkan dalam kotak berwarna putih hijau. Pada kotak itu juga turut akan tertera perkataan “A Kentucky Fried Miracle”.

Dalam pada itu, organisasi yang memperjuangkan nasib haiwan dan binatang yang aktif di AS iaitu PETA.org mengalu-alukan usaha KFC yang memperkenalkan produk berasaskan sayur-sayuran kepada pelanggannya.

Katanya, inisiatif KFC itu membolehkan pelanggan menyedari betapa pentingnya melindungi nyawa haiwan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?