Bayangkan jika anda balik kerja menaiki pengangkutan awam seperti keretapi dan terbau keenakan aroma ayam goreng KFC. Memang perut pun secara automatik berbunyi bila bau aroma makanan segera yang enak itu.

Namun, pihak KFC Jepun memandang serius perkara ini dan mengambil jalan dengan menjual ayam kurang aroma bagi menghormati pengguna subway yang lain.

BACA: Buat Sendiri Chizza Ala KFC

Ayam itu diperkenalkan sebagai Fried Chicken Home Type yang hanya boleh dibeli di KFC Station iaitu gerai KFC yang berada di stesen subway Shinjuku, Tokyo.

Menurut mereka, ayam goreng tersebut akan dijual dalam bekas khas yang memelihara aroma daripada terhidu dari luar bekas.

Namun, aroma ayam goreng kembali seperti biasa selepas anda memanaskannya di rumah. Memang bagus betul pihak KFC sediakan bekas sesuai untuk pengguna subway.

Selain itu, beberapa makanan lain turut dijual selain ayam goreng dan harga untuk set dua ketul ayam adalah 500 Yen (lebih kurang RM18).

Difahamkan gerai ini hanya dibuka selama sebulan sahaja iaitu sehingga hujung bulan ini. Mungkin pihak KFC mahu membuat percubaan sebelum melancarkan gerai secara rasmi di Jepun pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN:
KFC Perkenal Mandian Bau Ayam Goreng
Rahsia Resit KFC Yang Sekarang Baru Orang Perasan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar