KFC Perkenalkan Sambal Rice Bowl
Jika sebelum ini pihak McD mencipta burger nasi lemak di Singapura sempena hari kemerdekaan negara itu, kini beberapa restoran turut mencipta resepi nasi lemak unik seumpama itu di negara ini. Baru-baru ini pihak KFC pula mempromosikan menu terbaru mereka iaitu Sambal Rice Bowl.
BACA: Rahsia Resit KFC Yang Sekarang Baru Orang Perasan
Sambal Rice Bowl dilengkapi dengan colonel rice, sos sambal, potongan ayam Zinger, timun yang dipotong dadu dan telur mata diletakkan di bahagian atas menu terbaru itu.
Menu istimewa itu boleh didapati semasa sarapan pagi sesuai untuk anda yang memerlukan sarapan ‘berat’ sebelum memulakan kerja.
Selain itu, harga bagi Sambal Rice Bowl adalah RM5.90 sahaja dan anda boleh dapatkannya dari cawangan KFC berdekatan sementara stok masih ada.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Yang Best Di Sungai Petani?
- SUMBER
- FB KFC MALAYSIA