Kini Anda Boleh Tweet MCMC Jika Internet Bermasalah!
Di zaman serba canggih ini, jika ada sebarang aduan kita tidak perlu lagi buat panggilan telefon atau pun menulis email. Sekarang ini semuanya hanya dihujung jadi saja dan anda boleh buat aduan menerusi sosial media sahaja, terutamanya Twitter.
Dalam banyak-banyak media sosial, Twitter antara yang paling cepat dalam bertindak balas. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini menerima sebarang aduan dan pertanyaan rakyat Malaysia mengenai masalah internet di laman rasmi Twitter mereka.
BACA: Kerajaan Baharu Janjikan Internet Pantas, Murah
Akaun Twitter dikendalikan oleh @MCMCReact itu baru saja ditubuhkan bulan ini menerima sebarang aduan dan persoalan dari orang ramai dengan tagline mereka “Respond and Action”.
Memetik laporan The Star, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo juga telah menghantar beberapa aduan yang telah dihantar ke akaun Twitternya, @GobindSinghDeo. Walaupun akaun tersebut memuat naik status pertama pada 6 Julai lalu, namun ianya mula aktif sejak beberapa hari lalu.
Untuk memastikan aduan anda diterima, organisasi itu mengesyorkan pengguna memberikan butiran yang relevan mengenai masalah tersebut seperti nombor telefon atau kawasan perumahan yang terjejas jika terjadi isu jalur lebar di rumah.
Sekiranya aduan anda agak rumit, pengguna juga boleh menghubungi SKMM menerusi talian bantuannya di 1800-18-8030, Whatsapp di 016-220 6262 atau email di [email protected]. MCMC juga mempunyai laman web di mana pengguna boleh memfailkan dan mengesan aduan.
Makin lama makin senang pula nak buat aduan atau nak buat pertanyaan. Semuanya hanya dihujung jari. Tak perlu nak susah payah telefon dah lepas ni.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138
- SUMBER
- World of buzz