Kini Arab Saudi Benarkan Panggung Wayang
Negara Arab Saudi sememangnya terkenal dengan peraturan yang ketat terutama dari segi agama dan larangan terhadap wanita.
Terbaru, pihak kerajaan Arab Saudi akan membenarkan panggung wayang dibuka kembali selepas diharamkan selama lebih 35 tahun lalu.
BACA: Jual Air Zam Zam Kena Penjara?
Menteri Kebudayaannya, Awwad Alawwad, mengumumkan mengenai perkara itu dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.
Menurutnya, lebih 300 panggung bakal didirikan dengan 2,000 skrin yang bakal ditempatkan dalam tempoh 12 tahun. Akhirnya warga Arab Saudi dapat menonton filem kegemaran di negara sendiri dan tak perlu ke luar negara.
Selain itu, ia juga menjadi sebahagian daripada Visi 2030 yang diperkenalkan Putera Mahkota Mohammad Salman di samping membenarkan golongan wanita memandu semula pada tahun depan.
Tujuan ia dilaksanakan adalah kerana mahu meningkatkan perbelanjaan tempatan, selain dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk menangani isu harga minyak yang semakin menurun.
Sebelum ini, panggung wayang di negara tersebut beroperasi sekitar 1970-an hingga tahun 1982 kerana telah diharamkan oleh para ulama yang menganggap ia sebagai maksiat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Inilah Kisah Keluarga ‘Raja’ Burger Arab Saudi
Trump Sedia Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tercekik Seluar? | Mail Time #4
- SUMBER
- ASTRO AWANI