Kisah Benar Karipap Berinti Sebiji Bawang
Karipap adalah satu kuih yang menjadi kegemaran ramai orang bahkan jika anda berkunjung ke bazar Ramadan pastinya ada peniaga yang menjual kuih ini sama ada panas-panas ataupun siap digoreng.
BACA: Ini Jadi Bila Makanan Dipotong Dua!
Jika sebelum ini kecoh mengenai peniaga yang menjual karipap oksigen yang hanya diletakkan sedikit inti dan selebihnya dibiarkan kosong. Ramai juga yang kecewa dengan sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab seperti itu.
Namun bagaimana pula pendapat anda mengenai karipap yang berintikan sebiji bawang yang tidak dipotong sama sekali.
Seorang pengguna Twitter, @hrsf telah kongsikan sekeping gambar karipap yang berintikan sebiji bawang merah yang masih belum dikupas dan menerima banyak respon daripada pengguna Twitter yang lain.
nak tahu tak apa lagi teruk daripada karipap inti angin/oksigen??
KARIPAP INTI SEBIJI BAWANG!! pic.twitter.com/aZ2dbi5LEl— ris (@hrsrf) June 12, 2017
Setakat ini gambar tersebut telah diretweets sebanyak 15,103 dan 4,239 likes serta pelbagai respon ramai mengenai gambar itu.
Ada yang mengatakan lebih sanggup mendapat karipap oksigen berbanding karipap sebiji bawang ini.
rela lagi dapat karipap inti oxygen dari bawang seketul. Er kalau tergigit seketul macamni.. ergh 😥
— 민하 (@scyaaa) June 12, 2017
Bahkan ada juga yang membuat sangkaan ceritanya sendiri mengenai karipap ini yang tentang anak pembuat karipap itu cuba membuat karipap sendiri dan tercampur dengan karipap yang berinti kentang.
Mungkin anak2 makcik tu nak main experiment kot hahaha.
"Adik jom try letak sebijik bawang dalam karipap tengok dia jadi Apa."
— aan (@NawaRare) June 12, 2017
Lepas baked- mana satu karipap experiment kita tadi eh adik?
*mak dah ambik masuk bekas*
— aan (@NawaRare) June 12, 2017
Harapnya karipap bawang sebiji ini hanyalah satu gurauan atau satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh peniaga tersebut dan pada pembeli karipap ini bawalah bersabar di bulan Ramadan yang mulia ini.