Kisah Chef Terkenal Yang Pernah Muflis
Setiap orang pernah melalui saat susah sebelum mereka berjaya dan dapat menikmati kesenangan. Walaupun baru berjaya, jangan anggap anda telah berjaya selamanya.
Seorang chef terkenal antarabangsa pernah muflis akibat tidak menyimpan keuntungan yang diterima hasil menjual buku pertamanya dahulu.
BACA: Chef Wanita Buatkan Daun Pandan Popular Di UK
Chef selebriti terkenal, Jamie Oliver, 42 tahun, mendedahkan rahsianya yang pernah muflis akibat menghabiskan kesemua wang jualan buku pertama dan banyak lagi.
“Saya muflis selama tiga minggu tapi tiada sesiapa pun yang tahu. Bila saya dapat wang saja, saya tidak pernah menyimpannya,” ujarnya yang mempunyai nilai kekayaan £150 juta (RM825 juta).
Bahkan, awal tahun ini juga dia terpaksa membuat keputusan untuk menutup enam buah restoran Itali miliknya.
Sehingga kini, syarikatnya sedang melangsaikan hutang sebanyak £9.9 juta (RM54.4 juta) akibat kerugian daripada rangkaian restorannya sejak tahun lalu.
Namun, Jamie masih mendapat keuntungan daripada rancangan masakan Naked Chef serta jualan daripada buku resepinya.
Nilai kekayaan chef selebriti itu bersama isterinya, Jools, 42 tahun, mencecah £240 juta (RM1.32 bilion). Memang kaya betul jadi chef terkenal seperti Jamie.
ARTIKEL BERKAITAN:
Hidangan Ini Buat Wanita Malaysia Menang Masterchef Australia
Masakan Ini Buat Fazley Jadi Duta Pelancongan Halal Taiwan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Cuba Teka, Berapa Harga Makanan Kat Hotel Ni?
- SUMBER
- MSTAR