Kisah Sebenar Akak 3 Anak Jual Nasi Lemak Tepi Jalan
Setiap orang pastinya mempunyai ceritanya tersendiri atas setiap tindakan yang diambil begitu juga dengan wanita yang viral kisahnya menjual nasi lemak di dalam kereta berhampiran stesen minyak Petronas MRR2 sehingga mendapat perhatian masyarakat umum.
BACA: Teh Ais Besar Sangat, Kena Ikat Gaya Tocang
Pernah mempunyai perniagaan secara online, Nur Ain Kodir memberitahu Mstar bahawa perniagaannya itu terpaksa dihentikan setelah barangan jualannya hilang kerana dipecah masuk oleh pencuri.
Kesan daripada itu ibu kepada lima anak kecil ini menangung kerugian dan hutang lebih RM30,000.
“Saya dulu buat bermacam-macam bisnes. Saya jual barang kemas secara online, buat dropship dan berniaga di bazar larut malam, Rampai Bazaria tapi satu persatu bisnes saya mula jatuh.
“Paling terkesan apabila barang kemas jualan saya dicuri ketika rumah dipecah masuk. Belumpun sempat nak rolling duit, segalanya musnah. Bisnes saya muflis,” ujarnya yang mesra dipanggil Kak Ain.
Mengakui kesukaran untuk bangkit semula namun Kak Ain tetap mencekalkan hati dan usaha demi membantu suaminya membesarkan anak-anak dengan berusaha menjual nasi lemak pula.
Setiap hari Kak Ain akan bangun seawal jam 1 pagi untuk menyiapkan nasi lemak dan sambal yang akan digunakan untuk jualan yang bermula jam 7 pagi.
Kini Kak Ain mampu menjual kira-kira 300 bungkus nasi lemak setiap hari dan hasil jualannya digunakan untuk menanggung kerugian kehilangan barang kemas dan membantu suaminya untuk perbelanjaan keluarga.
“Gaji suami digunakan untuk menyara mereka sekeluarga termasuk membayar sewa rumah dan semua bil bulanan. Alhamdulillah, pendapatan itu tidaklah banyak tapi sekurang-kurangnya pinjaman dapat dibayar sedikit demi sedikit,” tambahnya lagi.
Sejak kisahnya viral bermula minggu lalu, orang ramai akan beratur setiap hari untuk membeli nasi lemak yang dijualnya bahkan pihak pengurusan stesen minyak Petronas MRR2 juga bersetuju untuk mengambil nasi lemak Kak Ain untuk dijual di dalam stesen tersebut.
VIDEO: “Ini Baru Johor”
- SUMBER
- Mstar Online