Kisah Si Tanggang Moden Buat Orang Sebak
Siapa yang sanggup melihat seorang ibu yang sangat merindukan anaknya hinggakan dia mengganggap seorang ustaz sebagai anaknya sendiri. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
BACA: Makan Meggi Dalam Gayung Masjid Buat Ramai Sebak
Kisah yang dikongsikan oleh seorang warga laman sosial Facebook, Bro Shah nyata membuatkan orang ramai sebak.
Dia menceritakan kisah seorang ustaz yang datang memberi sumbangan hasil wang bantuan daripada seseorang untuk membeli barang keperluan di sebuah rumah orang tua yang dirahsiakan tempatnya.
Apabila sampai di rumah orang tua tersebut, seorang wanita tua berlari mendapatkannya sambil memanggilnya.
Apa yang menyedihkan, wanita itu menganggap ustaz tadi sebagai anaknya kerana terlalu rindukan anak-anaknya yang dah lama tak melawatnya sepanjang berada di sana.
Kemudian, wanita itu ingin mengikut ustaz pulang ke rumah dan ustaz itu membawanya pulang setelah mendapat kebenaran.
Selepas tiga hari, wanita tua tersebut menyedari bahawa ustaz itu bukanlah anaknya kerana ustaz itu terlalu baik kepadanya.
“Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu hati dia rindu sangat dekat anak dia,” ujar ustaz.
Menurutnya, dia juga telah menganggap wanita itu sebagai ibunya sendiri kerana ibu kandungnya telah meninggal dunia.
Tak lama selepas itu, wanita tersebut meninggal dunia dan sempat meminta ustaz supaya tidak memberitahu anak-anaknya di mana kuburnya dan dia tak mengizinkan anaknya untuk memegang batu nisannya.
Selepas setahun lebih, anak kandung berstatus Tan Sri itu berjumpa ustaz untuk bertanyakan lokasi kubur ibunya dan ustaz itu bersetuju untuk membawanya ke kubur ibunya.
“Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, saya tengok depan mata saya sendiri dia jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah yang tadi pada awalnya, tangan dan mulutnya elok sambil memanggil ibunya,” kata ustaz itu.
Selepas itu, anak wanita itu menghembuskan nafas terakhir berhampiran kubur ibunya. Lihatlah betapa besar kuasa Tuhan membalas dosa yang kita lakukan terhadap ibu yang penat melahirkan dan membesarkan kita.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pemain Ragbi Malaysia Buat Penonton Sebak
Luahan Hati Cucu Sultan Kedah Buat Orang Ramai Sebak
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Apa KOrang Hantar Pada Kami!
- SUMBER
- FB BRO SHAH