Kisah Ucapan Terima Kasih Yang Anda Kena Baca
Selalunya perkara mudah yang sering kita terlupa adalah ucapan terima kasih kepada orang sekeliling kita namun adakah anda tahu dengan ucapan semudah itu dapat membuatkan orang lain rasa dihargai dan bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara.
BACA: 9 Cabaran Rakyat Malaysia Tak Makan Pedas
Seorang pengguna Facebook bernama Adlil Rajiah telah berkongsikan pengalamannya tentang kuasa ucapan terima kasih ketika membeli belah di sebuah pasar raya.
Menurut catatan wanita muda itu, dia pergi ke pasar raya tersebut untuk membeli barangan dapur dan ketika hendak menimbang sayur yang dibeli dia melihat wajah pekerja yang menjaga kawasan penimpang kelihatan tak bersemangat.
“Saya cakap dalam hati kalau aku bagi pikap line confirm dia tak gelak ni. Ketat sangat nih.
“So I just smiled looking at him, sambil dalam hati saya doakan semoga Allah berikan dia good news sampai dia boleh senyum lebar selebar lebarnya,” ujar Adlil dalam penulisannya.
Setelah gilirannya untuk menimbang sayur, Adlil tersenyum dan melihat pekerja tersebut tidak memandang wajahnya dan masih lagi berwajah muram.
Setelah sayur-sayurannya siap ditimbang, dia mengambil barangan tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut.
Secara tiba-tiba pekerja tersebut dan memandang Adlil serta membalas ucapan terima kasihnya tadi.
“Sama-sama kak. Akak lah orang pertama yang cakap terima kasih kat saya hari ni. Kalau semua pelanggan macam akak, pandai cakap terima kasih, semangat lah sikit saya nak kerja jaga penimbang nih.” pekerja lelaki tersebut bersuara.
Lihat betapa mudahnya untuk mengembirakan hati orang lain iaitu dengan menghargai setiap pekerjaan dengan mengucapkan terima kasih.
Mungkin selepas ini kita boleh praktiskan perkara yang sama dengan orang yang lain.
VIDEO: “Ini Baru Johor”
- SUMBER
- Facebook Adlil Rajiah