KJ: Ulat Tiket Akan Diambil Tindakan
Gara-gara jumlah tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA yang dijual agak terhad, beberapa pihak tidak bertanggungjawab bertindak menjual semula tiket yang dibeli dengan harga berlipat kali ganda dari harga sebenar hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
BACA: “Kalau Kalah Final, Tiada Makna”
Perkara ini dipandang serius oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang nyata kecewa dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab itu dan mengakibatkan ramai peminat bola tidak dapat membeli tiket semalam.
“Kami telah mengehadkan penjualan lima tiket sahaja bagi setiap individu tetapi mungkin ada yang cuba menjualnya semula dengan harga tinggi selepas membeli tiket menerusi orang lain,” jelasnya.
“Kami akan lihat apa tindakan yang boleh diambil. Kita lihat apa yang akan berlaku,” katanya sambil mengharapkan perlawanan nanti akan berjalan lancar tanpa ada sebarang kekecohan.
Harga asal tiket hanyalah RM21.20 namun dijual pada harga tinggi oleh segelintir ulat tiket yang inginkan keuntungan besar dengan menjualnya pada harga antara RM100 hingga RM150.
Diharap pihak berkuasa dapat mengatasi masalah ‘ulat tiket’ yang semakin berani menjual di laman sosial kerana ianya tidak adil bagi mereka yang sanggup beratur lama untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir bola sepak yang bakal berlangsung pada malam ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sedut Lamb Shank Sampai Puas Hati!
- SUMBER
- STADIUM ASTRO