Ramai yang tidak mahu meletakkan kenderaan mereka di ruang tempat letak kereta kerana tidak mahu dicaj mahal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 semasa menunggu ketibaan penumpang.

Oleh itu, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)akan menyediakan ruang parking percuma untuk mereka yang menunggu penumpang pada masa singkat.

BACA: Makanan Anda Dirampas Di Airport? Ini Pengakhirannya

Gambar sekadar hiasan

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali, menyedari kebanyakan kenderaan berhenti tepi jalan berhampiran stesen minyak Petronas sebelum ke KLIA2 dan juga di kawasan aras ketibaan KLIA untuk menunggu ketibaan penumpang.

Berikutan itu, pihak MAHB menyediakan ruang tempat letak kenderaan percuma di tepi kawasan Long Term Car Park (LTCP) atau percuma selama setengah jam parking di LTCP.

“Sekiranya waktu menunggu lebih setengah jam di LTCP, kita hanya akan kenakan caj parkir berpatutan iaitu sebanyak RM2.50 sejam,” ujarnya.

Selain itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya takkan bertolak ansur dengan mereka yang meletakkan kenderaan di tepi jalan selepas ini.

“Kita telah mula pada tahun ini dengan mengeluarkan saman kepada mereka yang melanggar undang-undang termasuk kompaun maksimum atas setiap kesalahan dilakukan dan akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik,” ujarnya.

Nampaknya lepas ni senang sikit nak menunggu ahli keluarga, rakan atau penumpang kerana ada ruang parking percuma pada 30 minit yang pertama.

ARTIKEL BERKAITAN:
Buat Pembedahan Plastik, Tak Lepas Imigresen
Tinggal Di Airport Sebab Merajuk Dengan Bini

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)