Bekerja sebagai pelayan kedai makan membuatkan anda berjumpa dengan pelbagai ragam pelanggan. Ada yang suka melawak semasa membuat pesanan hingga membuatkan pelayan berasa ianya lawak hambar kerana menghadapinya hampir setiap hari.

BACA: Pengulas Sukan Astro Arena Buat Lucu

Beberapa hari lepas, seorang pengguna laman Twitter, @mirulll__, berkongsi beberapa koleksi jenis lawak diterima sepanjang bergelar peniaga dan mengambil pesanan pelanggan.

Menurutnya, dia ada menerima pesanan pelanggan yang melawak mahu minum air ketum, milo ais laici, extra joss mangga dengan kunci dan sebagainya.

Malah, dia juga pernah berdepan pelanggan yang membuat lawak hambar sehingga dia sudah lali dengan lawak-lawak tersebut.

Selain itu, pelbagai lawak boleh dibuat melalui nama makanan seperti mahu pesan nasi kampung dan mahu kampung lebih malah ada juga lawak burger seperti burgerindu, burgetar, burgegar dan banyak lagi.

Bukan itu saja, Mirul berasa sensitif dengan satu lawak di mana seorang pelanggan meminta air mandi mayat untuk minum.

Memang kreatif dan banyak betul idea rakyat Malaysia bila membuat lawak. Namun, mungkin ia kedengaran agak lawak, tetapi kadang-kadang kita perlu menjaga sensitiviti orang ramai agar tidak keterlaluan semasa berlawak.

ARTIKEL BERKAITAN:
Bila Abang Drive-Thru McD Layan Nyanyi Sekali
Lelaki US Popular Sebab ‘Gerak Lu Pape Roger’

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penuh Udang Satu Pinggan?