Sebelum ini, Pa’din Musa mencipta sejarah apabila mempunyai kasut signature colorway profesional untuk papan selaju keluaran syarikat Amerika Syarikat, Vans.

Pasti ramai tahu baru-baru ini lagenda skatebording Malaysia itu sekali lagi bekerjasama dengan Vans untuk menghasilkan koleksi edisi khas bersempena dengan Vans Checkerboard Day.

BACA: Pa’din Musa Hasilkan Koleksi Edisi Khas Vans Daripada Tikar Mengkuang

Menariknya, Pa’Din tampil kelainan dengan menghasilkan koleksi khas yang diberi nama Tikar Mengkuang dan juga menggunakan tikar mengkuang.

Menerusi perkongsian Pa’din di Intagram miliknya, difahamkan kasut Vans Tikar mengkuang itu telah pun terjual dengan harga RM4,902.22. Bermula dengan harga serendah RM82.02, kasut tersebut telah melalui 81 bidaan dalam masa 10 hari.

Boleh dikatakan kasut tersebut sangat unik kerana rekaannya juga sama seperti kraftangan tikar mengkuang yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi.

Difahamkan, hasil daripada jualan kasut itu akan disumbangkan terus kepada badan amal Imagination.org.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥