Komuniti Wanita NZ Pakai Tudung Jumaat Ini Tanda Solidariti
Jumaat lalu umat Islam dikejutkan dengan berita menyedihkan di mana berlaku tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand semasa jemaah sedang solat Jumaat. Serangan itu mengakibatkan 50 umat Islam terbunuh dan lebih 20 orang lagi cedera.
Rasa sedih susulan insiden tersebut sedikit terubat apabila rata-rata penduduk di sana menunjukkan rasa simpati dan sokongan mereka pada orang Islam. Meskipun berlainan agama, penduduk Kristian mengambil inisiatif menjaga perkarangan masjid ketika umat Islam menunaikan ibadah.
BACA: Bacaan Quran Pelajar Malaysia Untuk Mangsa NZ Buat Ramai Sebak
Susulan kejadian itu, satu kempen diadakan dimana komuniti wanita di New Zealand akan memakai hijab pada Jumaat ini sebagai tanda sokongan dan soidariti kepada wanita Muslim yang terlibat dalam tembakan di Christchurch.
Satu akaun Facebook diberi nama Scarves in Solidarity diwujudkan untuk mengajak wanita-wanita di sana untuk turut serta memakai hijab pada hari tersebut.
Pergerakan #headscarfforharmony dan #scarvesinsolidarity ini adalah bertujuan untuk menyokong dan mengakui kesakitan yang dialami oleh masyarakat Islam di atas kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Posted by Scarves in Solidarity on Selasa, 19 Mac 2019
Pencetus gerakan itu berkata, mereka mahu menunjukkan kasih sayang dan sokongan terhadap tragedi yang berlaku sehingga menyebabkan 50 orang terbunuh dimana terdiri daripada seorang ibu, bapa, anak, rakan-rakan dalam serangan Jumaat lalu.
Rata-rata rakyat New Zealand menyokong dan menyambut baik idea tersebut. Malah ramai yang teruja dan berbesar hati untuk mengenakan hijab sebagai tanda hormat dan sokongan buat masyarakat Islam.
Sokongan yang diberikan rakyat New Zealand terhadap Muslim di sana sememangnya membuatkan umat Islam seluruh dunia rasa terharu. Semoga keluarga mangsa yang terlibat terus tabah di atas ujian ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Says.com