KTM Lancar ‘ETS Business Class’ Dengan WiFi, Hidangan Percuma
Nampaknya perjalanan anda akan lebih selesa setiap kali ke Perlis atau Padang Besar dimana KTMB melancarkan koc terbaru ‘Business Class’ mereka untuk ETS.
Menariknya tentang ETS Business Class, ianya mempunyai beberapa kemudahan baru serba lengkap untuk keselesaan pengguna. Malah, turut memuatkan kerusi yang lebih besar dan luas.
BACA: Mulai 10 September, Tiada Lagi Bayaran Tunai Untuk KTM
Bukan itu saja, penumpang boleh menikmati hiburan dengan menonton video, sambungan WiFi, port pengecasan USB, hidangan dalam kabin dan tempat duduk berbaring 45 darjah.
Koc ETS Business Class turut didatangkan dengan pelayan seperti pramugara dan pramugari di dalam pesawat.
Untuk pengetahuan anda, koc ETS Business Class mempunyai 36 buah kerusia dan 12 daripadanya adalah kerusi perseorangan. Lebih teruja, setiap kerusi boleh dipusing mengikut arah tren bergerak.
Namun buat masa ini, difahamkan hanya ada satu koc Business Class daripada enam koc dalam satu keretapi.
Berita baik buat semua, bersempena pelancaran ETS Business Class, KTMB menawarkan tiket sehala pada harga promosi RM50 untuk perjalanan KL Sentral-Ipoh, Perak atau RM112 untuk perjalanan KL Sentral-Padang Besar, Perlis.
Warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), dan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun layak mendapat diskaun konsesi sebanyak 50%.
Tiada bayaran akan dikenakan kepada kanak-kanak berumur antara satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk). Harga tiket termasuk hidangan dalam tren bagi setiap penumpang.
Perlu diingatkan, promosi sudah mula ditawarkan sejak 12 September lalu dan hanya untuk perjalanan dari 11 Oktober sehingga 30 November 2019 sahaja.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- Says.com